Cherating Pahang
- zirconmono
- Oct 13, 2015
- 2 min read
Hello vacation!!
Ini pengalaman pertama ak ke Cherating. Sangat excited. Al maklumlah dah lama x hangout dgn kengkawan. Ada apa dengan Cherating ehh..?? Meh sini ak kongsikan.

#ak x paham kenapa perlu ad smiley pegang pedang tu
Kitorang bertolak dr UKM pukul 8.30 pagi Sabtu pagi. Perjalanan ambil masa dalam 3 jam sahaja. Kitorang bajet dalam 5 jam. Lepas gelak2, gosip2, gaduh2 dalam 3 jam je rupanya. 12.30 thgri kitorang pun sampai. Penginapan kitorang pilih Homestay Damai Muslim di Perkampungan Cherating Damai. Not bad lah utk kitorang yg ad 4 ketul jek. Harga RM150/day. Bilik utama ad aircond so, sume menyamar jadi ikan sardin dalam 1 bilik.

Malam sebelum kitorang bertolak, kitorang mkn kat HQ Sate Kajang Haji Samuri. Selalu ny makan kat cawangan je. Besar gile dan yg paling ak teruja dalam kedai ni ada banyak barangan lama. Klasik sangat. Perghh..
Then, kitorang melepak ke Uptown. Cari monopod katenya. Semata2 utk bergambar kat Cherating nnti. Balik2 tengok monopod ny patah. Ciss!! X jujur betul meniaga.

Sorry guys. Pic blurr abes sbb dlm kereta.
Sengkuang calit. Sedap gile wehh. Sengkuang fresh. Rangup. Kuah sedap. Rasa dia mencair dalam mulut. Komen Masterchef ak bagi. Korang carik kat uptown berdekatan dgn UKM.
Lepas makan tengahari, first destination ke Pantai Cherating. Ambil angin buang angin. Hehe. Dalam 10 minit dari homestay kitorang.





aktiviti wajib kalau g pantai


"cuba cari di mana saya" - anak ketam
7.30 mlm kitorang ke Hafiz Cherating utk tengok kelip2. Series, yg kat sini lg best dari yg ak g di Selangor dulu. Kelip2 kat sini friendly sangat dan banyak di sepanjang pokok bakau sungai Cherating. Mereka seperti mengalu-alukan kedatangan manusia,
cewah! Naik pulak sekali dgn pelancong Korea. Setiap kali kelip2 datang, kecoh memasing. " Omo..omo..". Ak gelak je. Pelik juga ak, kelip2 ni mengeluarkan cahaya tapi sensitif dengan cahaya. 45 minit melayan perasaan atas bot rasa macam sekejap je dgn suasana yg cantik bak pokok krismas.


#Gadis2 chomel di atas para
RM30 / person..ehhh
tiket kelip2 okeh..!!
Keep calm and lets go to the beach..!!!!
Ahad pagi, kitorang habiskan masa mandi pantai sampai tengahari. Alang2 datang, biar sampai lebam. Layan aiskrim, mandi pantai, kutip cengkerang. Love it..!! Puas hati dpt kutip cengkerang untuk projek DIY.

Cuaca panas pekena aiskrim..perghh..!!
Makan tengahari, di warung Aziz Satar. Kata ny rugi x singgah sini kalau datang ke Cherating. Kitorang cuba menu special, Nasi goreng Aziz Satar & Tomyam kelapa muda. Add on daging masak merah & telur dadar. Tomyam kelapa muda sgt2 recommend sebab ada rasa manis kelapa dan pedas tomyam. Ak suka, muahh ciked!

#Nasi putih 3 org
#tomyam kelapa muda
#daging msk merah 2 org makan
#kailan 2 org makan
#telur dadar 3 biji
#air campur2
total : RM 40.00

#Nasi goreng aziz satar
RM10.00
Jenjalan kalau x coping memang x sah kan..!! Makanya, singgah tepi2 gerai beli cenderamata. Jenis ak, g mana2 fridge magnet x tinggal untuk kenangan bila sampai rumah nanti. Ad yg beli keychain, baju, keropok.

RM 10.00

#Fridge magnet
RM 4.00
Percutian yg singkat tapi rasa sangat berbaloi. Sekali sekala dapat hangout dgn kengkawan. Nak jumpa selalu memang susah. Its a long road but its worth it. Terasa nak backpack around the world.
#notakaki : next vacation plisssss....
Commenti