Quran dan Sains - Part 1
- zirconmono
- Oct 29, 2015
- 2 min read
Sejak dua menjak ni ak obses untuk membaca tentang perhubungan antara Quran dan Sains. Sangat seronok sebenarnya bila kita start untuk ambil tahu. Bayangkan Allah dah cerita dengan kita di dalam Al Quran 1400 tahun yang dahulu. Dan hanya di buktikan oleh saintis only recently. Itu pun dengan bantuan teknologi dan sebagainya. Al Quran bukan di karang oleh sesiapa hatta nabi Muhammad SAW tetapi Ia merupakan ayat2 Allah. Ini juga membuktikan yang Nabi Muhammad SAW merupakan utusan Allah. Di sini ak kongsikan 5 fakta Sains yang dijumpai di dalam Al Quran.
1. Kehidupan berasal daripada air

Al Quran menunjukkan bahawa semua kehidupan berasal daripada air. Setiap hidupan terbina daripada sel dan kehidupan sel bergantung kepada protoplasma dan protoplasma memerlukan air untuk hidup kerana 80% daripadanya adalah air, justeru tidak boleh wujud sebarang hidupan tanpa air.
2. Langit sebagai pelindung

Langit memainkan peranan yang penting untuk emlindungi bumi. Langit melindungi bumi daripada sinaran matahari yang merbahaya. Cuma kau bayangkan langit tidak wujud, maka semua hidupan akan mati terkena radiasi matahari. Langit juga boleh diibaratkan sebagai selimut yang menyelimuti bumi untuk mengelakkan kesejukan melampau dari angkasa lepas. Suhu di luar sana lebih kurang tolak tambah -2700C. Wooww!! Musim sejuk pun kau dah tak dapat nak tampung inikan pula suhu di angkasa lepas.
3. Tujuh lapisan atmosfera

Atmosfera bumi terdiri daripada 7 lapisan iaitu Troposfera, Stratosfera, Ozonosfera, Mesosfera, Termosfera, Ionosfera dan Eksosfera. Semua lapisan tersebut mempunyai fungsi-fungsi nya yang tersendiri untuk melindungi bumi.
4. Gunung - ganang

Al Quran menerangkan bahawa gunung-ganang mempunyai akar yang dalam iaitu dengan menggunakan perkataan pasak. Secara faktanya, gunung memang mempunyai akar yang dalam dan ayat pasak adalah pilihan yang paling tepat untuk menerangkannya. Sebagai contoh, Gunung Everest yang berketinggian 9km above ground mempunyai akar sedalam lebih 125km.
5. Alam Semesta

Fakta tentang alam semesta semakin berkembang ditemui in the last century. Ahli fizik, Stephen Hawking di dalam bukunya ‘A Brief History of Time’ menulis, “The discovery that the universe is expanding was one of the great intellectual revolutions of the 20th century.” Sedangkan Quran menceritakan tentang perkembangan alam semesta sebelum penghasilan teleskop oleh saintis!
Sumber rujukan : http://invitetoislam.org/scientific-facts-in-the-quran/
Will be continued...
Comentários