top of page

Quran dan Sains - Part 2

6. Matahari, bulan, bintang berputar pada orbit

Ketika Quran di turunkan manusia pada ketika itu tidak mempunyai sebarang teknologi pemerhatian yang maju untuk memerhati jutaan kilometer ruang angkasa. Suatu yang mustahil ketika itu untuk menentukan secara saintifik bahawa ruang langit dipenuhi dengan lintasan dan orbit seperti yang dinyatakan dalam Al Quran. Bagaimanapun, hal ini secara jelas diterangkan kepada manusia dalam Al-Quran yang diwahyukan ketika itu kerana Al-Quran sebenarnya adalah kalam Tuhan.

7. Teori BIG BANG

Big Bang aka ledakan dahsyat dalam kosmologi adalah salah satu teori ilmu pengetahuan yang menjelaskan perkembangan dan bentuk awal dari alam semesta. Teori ini menyatakan bahawa alam semesta ini berasal dari keadaan yang super padat dan panas, kemudian mengembang sekitar 13.700 juta tahun lalu. Para ilmuwan juga percaya bahawa Big Bang membentuk sistem suria.

8. Teori solar apex

Menurut Ilmu Astronomi, matahari bergerak dengan kecepatan luar biasa yang mencapai 720 ribu km/jam ke arah bintang Vega dalam sebuah garis edar yang disebut Solar Apex.

9. Rosetta nebula

Istilah Mawar merah seperti kilauan minyak di dalam Quran dipadankan dengan imej yang muncul di langit seperti mawar merah. Ia dikenali sebagai "Rosette Nebula" kerana bentuknya seperti bunga ros. Nebula ini mempunyai kebesaran 5x ganda dari diameter bulan penuh. Diameter sebenarnya anggaran 130 tahun cahaya.

10. Bintang Syikra

Perasan atau tidak bila kau pandang ke langit pada waktu malam, akan terlihat satu bintang yang tersangat teranglah cahaya nya. Ada orang beritahu aku yang itu adalah cahaya dari satelit. Sedangkan dalam Quran sudah diberitahu bahawa cahaya itu datangnya dari bintang Syikra.

Bintang Syikra satu-satunya bintang yang disebut di dalam Quran. Saintis mendapati Bintang Syikra ini sebenarnya ialah bintang berkembar, Syikra A dan Syikra B. Syikra A adalah paling terang, Syikra B tidak kelihatan. Dua bintang ini mengelilingi satu sama lain dalam satu orbit selama 49.9 tahun dalam bentuk lengkungan berkembar seperti busaran panah. Ianya jelas disebut dalam Al Quran pada ayat ke 49 dan 9 ( Lihat gambar di atas )

Will be continued...

post terkini
sertai ak melalui
  • Facebook Clean
  • Instagram Clean
  • Pinterest - White Circle
  • Twitter Clean
  • RSS Clean
hikayat aku...
mencari melalui
No tags yet.
  • Google+ - White Circle
  • Facebook Clean
  • Instagram Clean
  • Pinterest - White Circle
  • Twitter Clean
  • RSS Clean
bottom of page